Total Pageviews

Sunday, 17 April 2011

CINTA SARAH - episode 3



Sarah meluru kearah tubuh tersebut, terbayang-bayang akan wajah ibu dan bapanya. lantas dilihatnya raut wajah susuk tubuh yang berlumuran darah itu tadi. Sarah mengamatinya dengan teliti. "ehh siapa pula ni. tak pernah dilihat selama ini" berkata Sarah didalam hati
dengan tidak semena-mena terdengar suara lantang dari arah belakang..suaranya garau. kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 50-an..bercekak pinggang,
mukanya kemerahan, terpancar raut wajah yang kelihatan begitu marah. "cuttt!!"
semua orang terpaku..lelaki tersebut berkata lagi "adoiii habes rosak scene aku..semua tengah feel, ya aampppunnn!, Sabrii! siapa mereka bertiga ni"

seketika kemudian, datang pula seorang lelaki muda, berkaca mata gelap berbaju belang hitam. tercungap-cungap akibat berlari.
didekatinya sarah, amir dan kak yuyu..lalu berkata "adik adik sekalian..sebenarnya kami tengah shooting drama"
malu benar ketiga-tiga mereka.
"semua balik ke tempat  masing-masing. kita shoot sekali lagi" teriak lelaki tersebut"


Sarah, Amir dan Kak Yuyu berjalan laju ke satu sudut di halaman rumah Sarah.

Sarah      : ahhh malunyaaaaa!
Amir       : tak sangka betul boleh ada orang berlakon di depan rumah Sarah..haha
kak yuyu   : dah la dapat malu, kena marah pun ada ni!

langkah dilajukan mereka bertiga ketawa terbahak-bahak. langsung tidak disangka kejadian tadi hanya lakonan. Walaupun begitu, mereka menghela nafas lega,
bersyukur kepada Allah kerana tiadanya berlaku perkara yang tidak diingini.

Sewaktu berjalan, tidak semena-mena terdapat satu tarikan yang membuatkan Sarah begitu berkeinginan untuk melihat seorang wanita yang agak berumur
sedang menyidai kain di tepi rumah. wajah wanita tersebut kelihatan begitu 'familiar' bagi Sarah

"Ibuuu!!" laung Sarah memanggil wanita tersebut. Terkejut benar wanita yang dipanggil Ibu oleh Sarah. Baju tidur kelawar yang tersemat di tangan wanita itu
untuk disidai jatuh ke tanah. Matanya berkaca. Melihat satu-satunya permata dalam hidupnya pulang ke kampung halaman. Rindu benar beliau akan Sarah
Titisan air mata ibu yang sememangnya suci gugur ke bumi. Tidak dapat menahan sebak. Terus Sarah memeluk ibunya itu.

"Ibuu Sarah memang rindu sangat dengan ibuu!" ..Kedua-dua mereka berpelukan. Amir dan Kak Yuyu hanya memerhatikan gelagat Sarah dan Puan Zainah.
Tersenyum sahaja mereka. "Anak ibu dah balikk..anak ibu dah balik" diulangi ayat tersebut oleh Puan Zainah berulang kali..

Setelah agak lama berpelukan, Puan Zainah berkata lagi "ehh marilah masuk ke dalam rumah, panas sungguh di luar ni"
Ketiga-tiga anak muda ini mengangguk tanda menerima jemputan Puan Zainah.

Setibanya ke dalam rumah, Sarah kelihatan begitu lega, Sudah lama beliau tidak pernah  merasakan perasaan sebegini..
"home sweet home..walaupun dah lama tak balik, tapi segala susunan di rumah langsung tidak berubah" berkata Sarah di dalam hati..

"duduk lah dulu..Biar makcik buatkan air, orang dari jauh, mesti penat kan" berkata Puan Zainah sambil tersenyum

P/S: sory lah kawan2, saya terlupa password belog..hehe nantikan episode 4. terima kasih sebab sudi membaca ;)