Total Pageviews

Sunday 17 April 2011

CINTA SARAH - episode 3



Sarah meluru kearah tubuh tersebut, terbayang-bayang akan wajah ibu dan bapanya. lantas dilihatnya raut wajah susuk tubuh yang berlumuran darah itu tadi. Sarah mengamatinya dengan teliti. "ehh siapa pula ni. tak pernah dilihat selama ini" berkata Sarah didalam hati
dengan tidak semena-mena terdengar suara lantang dari arah belakang..suaranya garau. kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 50-an..bercekak pinggang,
mukanya kemerahan, terpancar raut wajah yang kelihatan begitu marah. "cuttt!!"
semua orang terpaku..lelaki tersebut berkata lagi "adoiii habes rosak scene aku..semua tengah feel, ya aampppunnn!, Sabrii! siapa mereka bertiga ni"

seketika kemudian, datang pula seorang lelaki muda, berkaca mata gelap berbaju belang hitam. tercungap-cungap akibat berlari.
didekatinya sarah, amir dan kak yuyu..lalu berkata "adik adik sekalian..sebenarnya kami tengah shooting drama"
malu benar ketiga-tiga mereka.
"semua balik ke tempat  masing-masing. kita shoot sekali lagi" teriak lelaki tersebut"


Sarah, Amir dan Kak Yuyu berjalan laju ke satu sudut di halaman rumah Sarah.

Sarah      : ahhh malunyaaaaa!
Amir       : tak sangka betul boleh ada orang berlakon di depan rumah Sarah..haha
kak yuyu   : dah la dapat malu, kena marah pun ada ni!

langkah dilajukan mereka bertiga ketawa terbahak-bahak. langsung tidak disangka kejadian tadi hanya lakonan. Walaupun begitu, mereka menghela nafas lega,
bersyukur kepada Allah kerana tiadanya berlaku perkara yang tidak diingini.

Sewaktu berjalan, tidak semena-mena terdapat satu tarikan yang membuatkan Sarah begitu berkeinginan untuk melihat seorang wanita yang agak berumur
sedang menyidai kain di tepi rumah. wajah wanita tersebut kelihatan begitu 'familiar' bagi Sarah

"Ibuuu!!" laung Sarah memanggil wanita tersebut. Terkejut benar wanita yang dipanggil Ibu oleh Sarah. Baju tidur kelawar yang tersemat di tangan wanita itu
untuk disidai jatuh ke tanah. Matanya berkaca. Melihat satu-satunya permata dalam hidupnya pulang ke kampung halaman. Rindu benar beliau akan Sarah
Titisan air mata ibu yang sememangnya suci gugur ke bumi. Tidak dapat menahan sebak. Terus Sarah memeluk ibunya itu.

"Ibuu Sarah memang rindu sangat dengan ibuu!" ..Kedua-dua mereka berpelukan. Amir dan Kak Yuyu hanya memerhatikan gelagat Sarah dan Puan Zainah.
Tersenyum sahaja mereka. "Anak ibu dah balikk..anak ibu dah balik" diulangi ayat tersebut oleh Puan Zainah berulang kali..

Setelah agak lama berpelukan, Puan Zainah berkata lagi "ehh marilah masuk ke dalam rumah, panas sungguh di luar ni"
Ketiga-tiga anak muda ini mengangguk tanda menerima jemputan Puan Zainah.

Setibanya ke dalam rumah, Sarah kelihatan begitu lega, Sudah lama beliau tidak pernah  merasakan perasaan sebegini..
"home sweet home..walaupun dah lama tak balik, tapi segala susunan di rumah langsung tidak berubah" berkata Sarah di dalam hati..

"duduk lah dulu..Biar makcik buatkan air, orang dari jauh, mesti penat kan" berkata Puan Zainah sambil tersenyum

P/S: sory lah kawan2, saya terlupa password belog..hehe nantikan episode 4. terima kasih sebab sudi membaca ;)

Monday 28 March 2011

CINTA SARAH - episode 2



Saarahhh!! sahut lelaki tersebut.Mereka memandang diantara satu sama lain, lalu kedua-dua mereka tersenyum sambil ketawa kecil. Secara automotik Sarah terkenang kembali kenangan bersama lelaki yang
dahulu begitu akrab dengannya. Satu-satunya insan yang sentiasa menemani dan memahami akan dirinya sejak kecil lagi.
Siapa sangka mereka berdua dapat bertemu semula sebaik-baik sahaja Sarah pulang ke kampung halaman. Seperti telah ditakdirkan
pertemuan mereka itu oleh yang Maha Esa. Dibangunkan semula Sarah daripada tersadung tadi. Laju sahaja kedua-dua belah tangan Sarah menepuk-nepuk
pasir yang melekat di bahagian lutut kain buju kurungnya yang berwarna ungu itu.

Sarah  : "Adesss macam mana la boleh jatuh..ramai orang memandang pula..haihh"sambil mukanya merah akibat malu.
Amir   : "Haha itu la, perangai tak pernah berubah, masih cemerkap seperti dulu"

Serentak mereka berdua ketawa.Melihatkan keadaan Sarah yang kelihatan agak keletihan dan tragedi tersadung tadi, Amir menunjukkan jari telunjuknya
tepat kearah sebuah kerusi panjang kosong yang terletak berhampiran dengan parkir teksi. "jom..duduk sekejap" kata Amir.
Sarah hanya menganguk angguk kan kepala.

Punggung dilabuhkan ke kerusi. Lalu mereka mula berbicara antara satu sama lain

Sarah : "Amir..lama betul Sarah tak  jumpa Amir"
Amir  : "Itu lah, belajar jauh-jauh lagi, lepas tu sibuk sangat study sampai tak pernah-pernah pulang ke kampung" dalam nada mengusik
Sarah : "Amboii..dah pandai eh menyindir, eh Amir buat apa kat sini?"
Amir  : "haah kan, lupa pulak Amir..sebenarnya Amir datang sini nak jemput kakak. Dia cuti 2 bulan, sebab tu dia balik kampung"
Sarah : "kakak??"
Amir  : "laaa takkan lupa yang Amir ada kakak. kak yuyu...ingat lagi?"
Sarah : "wait wait, Sarah nak ingat balik"

Berkerut dahi Sarah cuba untuk mengingati semula kakak kepada Amir itu. Hampir lima minit tiba-tiba...

Sarah: "Haaaaa baru Sarah ingat!,  kak yuyu yang selalu rotan amir dengan 'hanger" kalau Amir balik lambat ke rumah dulu kan?"
Amir : "hahah kakak amir yang itu lah! adoiyaii bab rotan-rotan jugak yang dia ingat eh"

Pandangan Amir teralih kearah terminal bas. Difokuskan matanya kearah seorang gadis yang memakai baju kurung hijau bertudung hitam.
"hah itu pun dia" berkata Amir didalam hati. lalu beliau melambai-lambai memberikan isyarat tangan kepada wanita itu.
Seakan-akan begitu memahami isyarat itu, wanita itu berjalan terus kearah mereka. Sesampainya wanita tersebut di kerusi panjang,
beliau terus sahaja duduk ditengah-tengah antara Sarah dan Amir. Nafasnya tercungap-cungap. "fuhhh letihnyaaa....Alhamdulillah sampai juga."
Lalu Amir berbicara, "kak yuyu..yang ini Sarah, anak Pak Kasim...Sarah yang ini la Kak yuyu yang suka sangat merotan tu". Pantas saja
tangan halus kak yuyu mencubit peha Amir. "Adooii" teriak Amir. Mereka bertiga ketawa serentak.

Oleh kerana rumah Sarah dan Amir bersebelahan, Amir mempelawa Sarah untuk menghantarnya pulang.Sarah tidak menolak, tersenyum sahaja.
Lalu Amir berjalan kearah sebuah kereta Suzuki Swift berwarna kuning yang diparkir bersebelahan terminal. Dipandunya kereta tersebut
dan berhenti berhampiran Sarah dan Kak Yuyu. "Masuk lah,jangan segan-segan, bukan senang nak dapat driver yang berbakat tau" Amir bergurau

Sarah dan Kak yuyu masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal. Di dalam kereta, mereka mula bercerita kembali cerita-cerita lama.
Begitu bersemangat bercerita kerana terlalu lama tidak berjumpa. Radio dipasang, lagu "akustatik" nyanyian Radhi OAG menjadi santapan halwa telinga.
Perbualan yang rancak menjadi semakin perlahan. Terlalu  asyik dek mendengar lagu tersebut.

Dalam tidak sedar, mereka sudah hampir sampai ke kampung halaman. Rumah Sarah terletak di selekoh terakhir. setibanya di selekoh tersebut, Amir
memberhentikan kereta.Kelihatan segerombolan manusia berkerumun diperkarangan rumah pak Kasim. seraya itu, hati Sarah tidak sedap.Merasakan seperti
sesuatu yang buruk telah berlaku.berkata Sarah didalam hati "Ya Allah, aku memohon agar tiada apa-apa yang buruk berlaku..hanya padaMu tempat aku
berdoa..amin". Dengan tergesa-gesa, Sarah ,Amir dan kak Yuyu keluar daripada kereta..terpinga-pinga mengapa sebegitu ramai manusia berkerumun.
Menyesakkan diri diantara orang ramai untuk melihat apakah sebenarnya berlaku..

Tanpa diduga.....Sarah melihat sekujur tubuh terbaring dihadapan rumah. berlumuran darah..Sarah terkejut lalu menjerit "ya Allahh!!"



Mengapa Sarah terkejut dan menjerit? dan tubuh siapakah yang terbaring berlumuran darah di hadapan rumah Sarah??

Nantikan episode akan datang!...Terima kaseh kerana sudi membaca ;)

Sunday 27 March 2011

CINTA SARAH




Sarah Liyana Ain, indah namanya secantik rupanya.Gadis yang berasal daripada sebuah kampung yang terletak di Ipoh ini berdarah kacukan Melayu dan Cina.
Walaupun berasal daripada golongan yang berada, namun budi bahasa, tutur katanya yang sopan sentiasa membuatkan manusia-manusia yang berada berada berhampiran menyenangi
kehadirannya. 19hb April tahun ini, maka genap lah umur Sarah memasuki angka 25. Sarah masih mempunyai kedua-dua ibu bapanya yang begitu menyayanginya. Ibunya Zainah
dan bapanya yang diberi nama Kasim. Puan Zainah dan Pak Kasim begitu menitik beratkan soal agama dan adab, maka tidak hairan lah mengapa Sarah sudah kelihatan seperti
begitu sempurna peribadinya.

Selesai sahaja menghabiskan Ijazah dalam bidang Komunikasi di sebuah Universiti yang terkemuka di ibu kota, Sarah kembali pulang ke kampung halamannya.
begitu rindukan kampung halaman dah wajah ayah dan bonda.Manakan tidak, anak kelahiran Pasir Puteh, Ipoh ini merupakan anak tunggal dalam keluarga.

Sewaktu di Stesen Bas Puduraya, Sarah menatap sepotong kertas yang digenggam erat di telapak tangannya. Tanpa sedar, air mata jernih berlinangan membasahi pipinya.
Selama hampir 5 tahun di Universiti, Sarah tidak pernah pulang walau sekali ke kampung.Sarah hanya berinteraksi dengan keluarganya melalui telefon.Pada ketika itu, hatinya berbicara "Syukur Ya Allah, selesai sudah pengajianku di ibu kota ini,
kini aku akan meninggalkan kota yang begitu sibuk dan begitu melemaskan aku selama ini, Engkau permudahkan lah urusan ku ini Ya Allah".

Beliau melihat jam tangan swatch yang merupakan hadiah hari jadinya yang ke -17, hampir 8 tahun beliau memakainya. Tidak pula pernah rosak. jarum jam menunjukkan tepat pukul 3 petang. Plat nombor bas Pluslinear yang terletak di platform 3 diamatinya sebaik mungkin."WGH 4341..hah inilah dia basnya!"
berkata didalam hati..Tiba-tiba suasana yang agak sunyi dan suram di puduraya dipecahkan oleh suara seorang lelaki berkepala botak.lalu lelaki tersebut berteriak,
"Pudu Ipoh! Pudu Ipohh! naik cepattt!!!!"..terkejut anak gadis kelahiran Ipoh ini mendengar suara lelaki tersebut..sambil menggalas sebuah beg yang agak besar,beliau
melajukan langkahnya ke arah bas tersebut..Sebaik melangkah masuk ke dalam bas tersebut, mata Sarah meliar mengamati angka-angka yang terdapat di bahagian atas kerusi penumpang
bagi mencari tempat duduk..Dilabuhkan punggungnya setelah menjumpai tempat duduk.

10 minit kemudian, bas mula bergerak, lelaki berkepala botak itu tadi membunyikan hon dan mula menutup pintu bas.Kemudian bas itu mula menyusur keluar daripada Stesen Bas
Puduraya menuju ke destinasi.Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Ipoh mengambil masa hampir 3 jam. Sewaktu dalam perjalananan, mata Sarah semakin lama semakin berat,
menandakan yang beliau begitu mengantuk. sejenak kemudian, Sarah pun terlena..

Tiba-Tiba, bahu Sarah seperti di sentuh oleh sesuatu yang agak kasar.Sarah kaget. Terbeliak matanya melihat susuk tubuh seorang lelaki berkepala botak yang merupakan
pemandu bas tadi  berdiri di hadapannya. "Dikkk..kita dah sampai Ipoh dah ni", kata lelaki tersebut.Dalam keadaan yang masih mamai, Sarah bingkas bangun daripada kerusinya
lalu mengambil semula beg yang diletakkan bersebelahan tempat duduk lalu bergerak turun daripada bas.

sebaik kakinya melangkah turun daripada bas, Sarah menghirup udara segar tempat kelahirannya itu..di dalam hati beliau berkata "Ohh Ipohh begitu rindu aku padamu!! oohh yeahh!"

Langkah kakinya semakin bersemangat, matanya hanya melihat kepada teksi yang mahu dinaikinya untuk pulang ke kampung halaman.langkahannya semakin lama semakin laju,
Entah bagaimana kakinya tersadung, Sarah sepertinya mahu rebah. Tiba-tiba sepasang tangan yang entah daripada mana memegang erat tangan Sarah. Sarah seakan terpaku,
matanya mengamati wajah tuan punya tangan tersebut. Sepantas kilat Sarah menjerit "ehh AMIR!!".Terukir senyuman pada wajah tuan punya tangan tersebut..

SIAPAKAH AMIR??

IKUTI SAMBUNGANNYA PADA ENTRI YANG AKAN DATANG....insyaallahh

Saturday 26 March 2011

MARI KENAL PERSONALITI ANDA

Entry kali ini agak santai dan sungguh releks..anda hanya perlu memilih 1 diantara gambar-gambar berikut

syarat:
1-jika anda seorang lelaki, anda harus pilih salah satu gambar wanita di bawah
2-jika anda seorang wanita, anda harus pilih salah satu gambar lelaki di bawah
3-jika anda lesbian atau gay. ikut suka hati anda lah mahu pilih siapa



N0 1


Ashton Kutcher
Allison Mack













Personaliti: Anda merupakan seorang yang suka tersenyum, mempunyai ramai rakan tidak kira lelaki atau perempuan.Anda juga merupakan seorang yang penyabar.Menepati masa dan suka membantu orang lain.
Dalam tidak sedar anda merupakan seorang yang agak senstitif tetapi tidak lah terlalu terbawa-bawa akan sensitif tersebut



N0 2                            

David Beckham

Lindsay lohan


Personaliti: Anda merupakan seorang yang mempunyai semangat yang tinggi, rajin berusaha, mempunyai semangat dalam berkumpulan.Anda matang dalam membuat keputusan malah bijak. tetapi anda mempunyai masalah dalam pengurusan masa



N0 3


Asyraf muslim







heliza


Personaliti: Anda seorang yang suka tersenyum, baik hati, mempunyai pengetahuan agama, suka melihat       perkara positif dalam diri orang lain.Anda juga seorang yang bercita-cita tinggi dan tahu menghormati orang lain.Tetapi anda sangat sensitif dan sentiasa perlukan bantuan orang lain dalam anda tidak sedar





N0 4

                                                        
justin bieber
paris hilton
Personaliti: Fikiran anda masih belum matang lagi, kebudak-budakan..Selalu menyusahkan orang lain,tetapi anda pandai untuk menghiburkan orang lain. Disamping itu, anda suka berseronok dan berparty.Anda seorang yang sangat kreatif dalam masa yang sama pandai memujuk orang lain.Tapi awas, anda tak pandai dalam menipu ;)


haaa..mana satu personaliti anda? haha jangan tersengih depan laptop sorang-sorang ;P

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI ;)

Friday 25 March 2011

LUAHAN PERASAAN DAN JAWAPAN


Oiitttt!! Jangan tengok gambar atas tu lama-lama..hahah!..Yaaaa..tajuk yang sangat hot! kepada para pembaca sekalian, jika anda  pernah MELUAHKAN PERASAAN, apakah JAWAPAN yang anda terima?
disini terdapat beberapa jawapan-jawapan yang selalu diterima..tetapi tahu kah anda apakah maksud yang tersirat bagi jawapan itu?Di sini mari kita merungkai segala persoalan.

Luahan: "Saya cintakan awak, saya mahu menjadi pasangan awak"

dan jika anda menerima......jawapan seperti dibawah :

jawapan 1-"maaf lah awak,saya memang sayang sangat dengan awak, tapi sebagai seorang sahabat, tak lebih daripada itu"
maksud : si dia memang maksudkannya..dia hanya mahu anda cuma sebagai kawan sahaja..tak perlu terlalu berharap.kerana si dia hanya mahu anda sebagai sahabat sahaja(jgn la frust yeh)

jawapan 2-"mula-mula sekali, maafkan saya..memang saya sekarang ini masih belum berpunya tapi bukan saya tak mahu awak menjadi pasangan saya, cuma saya tak mahu awak kecewa jika menunggu saya"
maksud: si dia sememangnya masih belum mempunyai pasangan tetapi si dia sebenarnya sudah jatuh hati kepada orang lain dan masih mengharap akan orang tersebut

jawapan 3-"ehh awak saya tak tahan lah..saya nak pergi toilet sekejap!"(seperti mengelak)
maksud: si dia tidak mahu menjawab luahan hati anda. ini adalah kerana si dia sebenarnya "reject" anda. tapi secara halus ;)

jawapan 4-"awak..kalau ada jodoh, memang tak kan kemana"
maksud: si dia 50/50 terhadap anda. sebenarnya dia masih belum lagi berniat untuk bercinta ;)

jawapan 5-"hahah! saya memang tiada masa lah nak bercinta..euwwww!"
maksud: sebenarnya anda masih ada harapan..pelan-pelan kayuh..suatu masa nanti, kalau betul caranya, mesti dia akan jatuh cinta punyalah

jawapan 6-"awak nie..malu saya tau..hehe"
maksud: si dia sememangnya mempunyai perasaan terhadap anda.teruskan usaha..insyaallah ;)

jawapan 7-"awak nie merepek eh..saya memang tak suka la dengan awak! dah la pengotor, tak suka jaga perasaan orang lain, pentingkan diri, duit tak ada..ade hati nakkan aku..piggyyy dahh!"
maksud: MEMANG TIADA HARAPAN.

jawapan 8-"sebenarnyaa....saya..err errr..sukakan orang lain..hehe"
maksud: memang si dia sukakan orang lain..terpulang lah kepada anda untuk terus mencuba atau putus asa

jawapan 9-"awak..sebenarnya saya pun suka dengan awak..terima kasih..insyaallah saya akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk awak
maksud: lagi mau tanya ka..sudah lampu hijau maaaaa..congrate! ;)

ini adalah antara jawapan yang paling selalu diterima..kalau yang ada harapan lagi tu, cuba saja lagi..kalau yang respons yang baik pula, tahniah saya ucapkan
the moral of the story di sini ialah(aisehh macam zaman secondary school pulak dah) anda tidak perlu untuk malu untuk meluahkan perasaan.jika anda tidak pernah
cuba untuk meluahkan, anda tidak tahu betul kan?jangan lah terlalu frust jika di "reject"..ini adalah perkara biasa..JODOH, AJAL , MAUT DI TANGAN TUHAN

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI! ;)

Thursday 24 March 2011

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT WANITA TERTARIK



Menarik isn't? haaa sebenarnya ramai kawan-kawan saya yang bertanya tentang perkara ini..OK sekarang apa kata kita biar Dokter Azlan menerangkan tentang perkara ini ;)

Sesetengah lelaki mempunyai masalah untuk mendapatkan "wanitas, girls, chicks, perempuanss" dan perkataan-perkataan yang seumpama dengannya..betul atau tidak? jika anda mengangguk, maka anda perlu membaca entry ini, jika anda tidak mengangguk pula, maka tak salahkan untuk anda meluangkan masa untuk membaca kan? kan?menambah dan mengongsi ilmu  la katakan..he he he

selalunya lelaki yang mempunyai masalah ini ialah mereka lelaki yang KURANG BERKEYAKINAN, KURANG PERSONALITI, PERANGAI YANG "KURENG" , dan CARA DALAM ANDA BERPAKAIAN..sebenarnya ia adalah belum terlambat untuk anda mengubahnya..bak kata orang melayu, pintu taubat masih dibuka ;)

baiklah apa yang anda perlu lakukan ialah..aukkk aukkk aukkk!!(<--sbelah nie jgn le buat pulak)

1-Gunakan ciri-ciri fizikal anda yang paling baik sebagai satu kelebihan. sebagai contoh , senyuman anda yang paling menawan ke, otot kat body yg begitu "tough" ke,mata yang menggoda ke..hehe..hey! sebenarnya kaum hawa ni akan tertarik dengan "aset" anda ini.

2-BERKEYAKINAN. tiada apa yang lebih menarik pada pandangan wanita selain daripada melihat lelaki yang berkeyakinan dan tahu apa yang dimahukan. tegakkan bahu, berjalan dengan penuh steady dan berbual dengan kaum hawa ini yang anda berminat terhadap mereka

3-MAKE HER SMILE,  walaupun lelaki yang mempunyai wajah yang kacak ibarat magnet kepada wanita,   akan tetapi, sense of humor itu merupakan satu karekteristik yang sangat baik..perempuan ni tak suka pada lelaki yang selalu ambil serious terhadap semua perkara..mencik tauu! ;P

4-BERPAKAIAN KEMAS DAN BERSIH, oohh sememangnya semua antara kita suka melihat sesuatu yang kemas lagi bersih. kalau berbaju kemeja tu, gosok laa yeh..kalau kasut dah kotor sangat pijak becak kat tepi jalan tu, cuci la yeh..biar nampak kemas, baru nampak HOT! ;)

terdapat banyak lagi point-point untuk membuat wanita tertarik, tapi anda pun mesti macam saya, kalau membaca panjang-panjang nie nanti boring dan terus tertidur pula..

OKEYY...SELAMAT MENCUBA! ;)



Nenek Tua yang memang coooollll!!

Waktu saya rajin menonton utiup  boleh pula saya terjumpa video ini..rakaman yang menunjukkan tindakan yang sangat cool oleh seorang nenek tua! haha sembang bnyk pun tak guna betul tak kawan2? enjoy the show! ;)