Total Pageviews
Monday, 28 March 2011
CINTA SARAH - episode 2
Saarahhh!! sahut lelaki tersebut.Mereka memandang diantara satu sama lain, lalu kedua-dua mereka tersenyum sambil ketawa kecil. Secara automotik Sarah terkenang kembali kenangan bersama lelaki yang
dahulu begitu akrab dengannya. Satu-satunya insan yang sentiasa menemani dan memahami akan dirinya sejak kecil lagi.
Siapa sangka mereka berdua dapat bertemu semula sebaik-baik sahaja Sarah pulang ke kampung halaman. Seperti telah ditakdirkan
pertemuan mereka itu oleh yang Maha Esa. Dibangunkan semula Sarah daripada tersadung tadi. Laju sahaja kedua-dua belah tangan Sarah menepuk-nepuk
pasir yang melekat di bahagian lutut kain buju kurungnya yang berwarna ungu itu.
Sarah : "Adesss macam mana la boleh jatuh..ramai orang memandang pula..haihh"sambil mukanya merah akibat malu.
Amir : "Haha itu la, perangai tak pernah berubah, masih cemerkap seperti dulu"
Serentak mereka berdua ketawa.Melihatkan keadaan Sarah yang kelihatan agak keletihan dan tragedi tersadung tadi, Amir menunjukkan jari telunjuknya
tepat kearah sebuah kerusi panjang kosong yang terletak berhampiran dengan parkir teksi. "jom..duduk sekejap" kata Amir.
Sarah hanya menganguk angguk kan kepala.
Punggung dilabuhkan ke kerusi. Lalu mereka mula berbicara antara satu sama lain
Sarah : "Amir..lama betul Sarah tak jumpa Amir"
Amir : "Itu lah, belajar jauh-jauh lagi, lepas tu sibuk sangat study sampai tak pernah-pernah pulang ke kampung" dalam nada mengusik
Sarah : "Amboii..dah pandai eh menyindir, eh Amir buat apa kat sini?"
Amir : "haah kan, lupa pulak Amir..sebenarnya Amir datang sini nak jemput kakak. Dia cuti 2 bulan, sebab tu dia balik kampung"
Sarah : "kakak??"
Amir : "laaa takkan lupa yang Amir ada kakak. kak yuyu...ingat lagi?"
Sarah : "wait wait, Sarah nak ingat balik"
Berkerut dahi Sarah cuba untuk mengingati semula kakak kepada Amir itu. Hampir lima minit tiba-tiba...
Sarah: "Haaaaa baru Sarah ingat!, kak yuyu yang selalu rotan amir dengan 'hanger" kalau Amir balik lambat ke rumah dulu kan?"
Amir : "hahah kakak amir yang itu lah! adoiyaii bab rotan-rotan jugak yang dia ingat eh"
Pandangan Amir teralih kearah terminal bas. Difokuskan matanya kearah seorang gadis yang memakai baju kurung hijau bertudung hitam.
"hah itu pun dia" berkata Amir didalam hati. lalu beliau melambai-lambai memberikan isyarat tangan kepada wanita itu.
Seakan-akan begitu memahami isyarat itu, wanita itu berjalan terus kearah mereka. Sesampainya wanita tersebut di kerusi panjang,
beliau terus sahaja duduk ditengah-tengah antara Sarah dan Amir. Nafasnya tercungap-cungap. "fuhhh letihnyaaa....Alhamdulillah sampai juga."
Lalu Amir berbicara, "kak yuyu..yang ini Sarah, anak Pak Kasim...Sarah yang ini la Kak yuyu yang suka sangat merotan tu". Pantas saja
tangan halus kak yuyu mencubit peha Amir. "Adooii" teriak Amir. Mereka bertiga ketawa serentak.
Oleh kerana rumah Sarah dan Amir bersebelahan, Amir mempelawa Sarah untuk menghantarnya pulang.Sarah tidak menolak, tersenyum sahaja.
Lalu Amir berjalan kearah sebuah kereta Suzuki Swift berwarna kuning yang diparkir bersebelahan terminal. Dipandunya kereta tersebut
dan berhenti berhampiran Sarah dan Kak Yuyu. "Masuk lah,jangan segan-segan, bukan senang nak dapat driver yang berbakat tau" Amir bergurau
Sarah dan Kak yuyu masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal. Di dalam kereta, mereka mula bercerita kembali cerita-cerita lama.
Begitu bersemangat bercerita kerana terlalu lama tidak berjumpa. Radio dipasang, lagu "akustatik" nyanyian Radhi OAG menjadi santapan halwa telinga.
Perbualan yang rancak menjadi semakin perlahan. Terlalu asyik dek mendengar lagu tersebut.
Dalam tidak sedar, mereka sudah hampir sampai ke kampung halaman. Rumah Sarah terletak di selekoh terakhir. setibanya di selekoh tersebut, Amir
memberhentikan kereta.Kelihatan segerombolan manusia berkerumun diperkarangan rumah pak Kasim. seraya itu, hati Sarah tidak sedap.Merasakan seperti
sesuatu yang buruk telah berlaku.berkata Sarah didalam hati "Ya Allah, aku memohon agar tiada apa-apa yang buruk berlaku..hanya padaMu tempat aku
berdoa..amin". Dengan tergesa-gesa, Sarah ,Amir dan kak Yuyu keluar daripada kereta..terpinga-pinga mengapa sebegitu ramai manusia berkerumun.
Menyesakkan diri diantara orang ramai untuk melihat apakah sebenarnya berlaku..
Tanpa diduga.....Sarah melihat sekujur tubuh terbaring dihadapan rumah. berlumuran darah..Sarah terkejut lalu menjerit "ya Allahh!!"
Mengapa Sarah terkejut dan menjerit? dan tubuh siapakah yang terbaring berlumuran darah di hadapan rumah Sarah??
Nantikan episode akan datang!...Terima kaseh kerana sudi membaca ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

medan gopeng medan gopeng!!!!
ReplyDeletehe he he
ReplyDeleteaishh... cam slot samarinda la pulak bersambung2 ni.. ade ke org pasir puteh name sarah? tak kenal pun..
ReplyDeletekena google la cenggitu ;)
ReplyDeletewoh...citer sekerat sekerat......
ReplyDelete