Total Pageviews

Sunday, 27 March 2011

CINTA SARAH




Sarah Liyana Ain, indah namanya secantik rupanya.Gadis yang berasal daripada sebuah kampung yang terletak di Ipoh ini berdarah kacukan Melayu dan Cina.
Walaupun berasal daripada golongan yang berada, namun budi bahasa, tutur katanya yang sopan sentiasa membuatkan manusia-manusia yang berada berada berhampiran menyenangi
kehadirannya. 19hb April tahun ini, maka genap lah umur Sarah memasuki angka 25. Sarah masih mempunyai kedua-dua ibu bapanya yang begitu menyayanginya. Ibunya Zainah
dan bapanya yang diberi nama Kasim. Puan Zainah dan Pak Kasim begitu menitik beratkan soal agama dan adab, maka tidak hairan lah mengapa Sarah sudah kelihatan seperti
begitu sempurna peribadinya.

Selesai sahaja menghabiskan Ijazah dalam bidang Komunikasi di sebuah Universiti yang terkemuka di ibu kota, Sarah kembali pulang ke kampung halamannya.
begitu rindukan kampung halaman dah wajah ayah dan bonda.Manakan tidak, anak kelahiran Pasir Puteh, Ipoh ini merupakan anak tunggal dalam keluarga.

Sewaktu di Stesen Bas Puduraya, Sarah menatap sepotong kertas yang digenggam erat di telapak tangannya. Tanpa sedar, air mata jernih berlinangan membasahi pipinya.
Selama hampir 5 tahun di Universiti, Sarah tidak pernah pulang walau sekali ke kampung.Sarah hanya berinteraksi dengan keluarganya melalui telefon.Pada ketika itu, hatinya berbicara "Syukur Ya Allah, selesai sudah pengajianku di ibu kota ini,
kini aku akan meninggalkan kota yang begitu sibuk dan begitu melemaskan aku selama ini, Engkau permudahkan lah urusan ku ini Ya Allah".

Beliau melihat jam tangan swatch yang merupakan hadiah hari jadinya yang ke -17, hampir 8 tahun beliau memakainya. Tidak pula pernah rosak. jarum jam menunjukkan tepat pukul 3 petang. Plat nombor bas Pluslinear yang terletak di platform 3 diamatinya sebaik mungkin."WGH 4341..hah inilah dia basnya!"
berkata didalam hati..Tiba-tiba suasana yang agak sunyi dan suram di puduraya dipecahkan oleh suara seorang lelaki berkepala botak.lalu lelaki tersebut berteriak,
"Pudu Ipoh! Pudu Ipohh! naik cepattt!!!!"..terkejut anak gadis kelahiran Ipoh ini mendengar suara lelaki tersebut..sambil menggalas sebuah beg yang agak besar,beliau
melajukan langkahnya ke arah bas tersebut..Sebaik melangkah masuk ke dalam bas tersebut, mata Sarah meliar mengamati angka-angka yang terdapat di bahagian atas kerusi penumpang
bagi mencari tempat duduk..Dilabuhkan punggungnya setelah menjumpai tempat duduk.

10 minit kemudian, bas mula bergerak, lelaki berkepala botak itu tadi membunyikan hon dan mula menutup pintu bas.Kemudian bas itu mula menyusur keluar daripada Stesen Bas
Puduraya menuju ke destinasi.Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Ipoh mengambil masa hampir 3 jam. Sewaktu dalam perjalananan, mata Sarah semakin lama semakin berat,
menandakan yang beliau begitu mengantuk. sejenak kemudian, Sarah pun terlena..

Tiba-Tiba, bahu Sarah seperti di sentuh oleh sesuatu yang agak kasar.Sarah kaget. Terbeliak matanya melihat susuk tubuh seorang lelaki berkepala botak yang merupakan
pemandu bas tadi  berdiri di hadapannya. "Dikkk..kita dah sampai Ipoh dah ni", kata lelaki tersebut.Dalam keadaan yang masih mamai, Sarah bingkas bangun daripada kerusinya
lalu mengambil semula beg yang diletakkan bersebelahan tempat duduk lalu bergerak turun daripada bas.

sebaik kakinya melangkah turun daripada bas, Sarah menghirup udara segar tempat kelahirannya itu..di dalam hati beliau berkata "Ohh Ipohh begitu rindu aku padamu!! oohh yeahh!"

Langkah kakinya semakin bersemangat, matanya hanya melihat kepada teksi yang mahu dinaikinya untuk pulang ke kampung halaman.langkahannya semakin lama semakin laju,
Entah bagaimana kakinya tersadung, Sarah sepertinya mahu rebah. Tiba-tiba sepasang tangan yang entah daripada mana memegang erat tangan Sarah. Sarah seakan terpaku,
matanya mengamati wajah tuan punya tangan tersebut. Sepantas kilat Sarah menjerit "ehh AMIR!!".Terukir senyuman pada wajah tuan punya tangan tersebut..

SIAPAKAH AMIR??

IKUTI SAMBUNGANNYA PADA ENTRI YANG AKAN DATANG....insyaallahh

4 comments: