Total Pageviews
Friday, 25 March 2011
LUAHAN PERASAAN DAN JAWAPAN
Oiitttt!! Jangan tengok gambar atas tu lama-lama..hahah!..Yaaaa..tajuk yang sangat hot! kepada para pembaca sekalian, jika anda pernah MELUAHKAN PERASAAN, apakah JAWAPAN yang anda terima?
disini terdapat beberapa jawapan-jawapan yang selalu diterima..tetapi tahu kah anda apakah maksud yang tersirat bagi jawapan itu?Di sini mari kita merungkai segala persoalan.
Luahan: "Saya cintakan awak, saya mahu menjadi pasangan awak"
dan jika anda menerima......jawapan seperti dibawah :
jawapan 1-"maaf lah awak,saya memang sayang sangat dengan awak, tapi sebagai seorang sahabat, tak lebih daripada itu"
maksud : si dia memang maksudkannya..dia hanya mahu anda cuma sebagai kawan sahaja..tak perlu terlalu berharap.kerana si dia hanya mahu anda sebagai sahabat sahaja(jgn la frust yeh)
jawapan 2-"mula-mula sekali, maafkan saya..memang saya sekarang ini masih belum berpunya tapi bukan saya tak mahu awak menjadi pasangan saya, cuma saya tak mahu awak kecewa jika menunggu saya"
maksud: si dia sememangnya masih belum mempunyai pasangan tetapi si dia sebenarnya sudah jatuh hati kepada orang lain dan masih mengharap akan orang tersebut
jawapan 3-"ehh awak saya tak tahan lah..saya nak pergi toilet sekejap!"(seperti mengelak)
maksud: si dia tidak mahu menjawab luahan hati anda. ini adalah kerana si dia sebenarnya "reject" anda. tapi secara halus ;)
jawapan 4-"awak..kalau ada jodoh, memang tak kan kemana"
maksud: si dia 50/50 terhadap anda. sebenarnya dia masih belum lagi berniat untuk bercinta ;)
jawapan 5-"hahah! saya memang tiada masa lah nak bercinta..euwwww!"
maksud: sebenarnya anda masih ada harapan..pelan-pelan kayuh..suatu masa nanti, kalau betul caranya, mesti dia akan jatuh cinta punyalah
jawapan 6-"awak nie..malu saya tau..hehe"
maksud: si dia sememangnya mempunyai perasaan terhadap anda.teruskan usaha..insyaallah ;)
jawapan 7-"awak nie merepek eh..saya memang tak suka la dengan awak! dah la pengotor, tak suka jaga perasaan orang lain, pentingkan diri, duit tak ada..ade hati nakkan aku..piggyyy dahh!"
maksud: MEMANG TIADA HARAPAN.
jawapan 8-"sebenarnyaa....saya..err errr..sukakan orang lain..hehe"
maksud: memang si dia sukakan orang lain..terpulang lah kepada anda untuk terus mencuba atau putus asa
jawapan 9-"awak..sebenarnya saya pun suka dengan awak..terima kasih..insyaallah saya akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk awak
maksud: lagi mau tanya ka..sudah lampu hijau maaaaa..congrate! ;)
ini adalah antara jawapan yang paling selalu diterima..kalau yang ada harapan lagi tu, cuba saja lagi..kalau yang respons yang baik pula, tahniah saya ucapkan
the moral of the story di sini ialah(aisehh macam zaman secondary school pulak dah) anda tidak perlu untuk malu untuk meluahkan perasaan.jika anda tidak pernah
cuba untuk meluahkan, anda tidak tahu betul kan?jangan lah terlalu frust jika di "reject"..ini adalah perkara biasa..JODOH, AJAL , MAUT DI TANGAN TUHAN
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI! ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

skali pon aku xpenah rase....
ReplyDeletesbb aku xpenah nk ckp kt gurl gitu... hahaha
ak terkedu baca bnde ni...
ReplyDeletebyk membantu..
thakz macha...
doktor cinta...
anda berdua..tq sudi meluangkan masa untuk membaca ;)
ReplyDeleteaigooo.. yg no 7 tu kesian la sapa yg dapat jawapan mcm tu... huhuhu
ReplyDeleteaku: boleh ke saya yang tak cukup umur ni bercinta dengan awak?
ReplyDeletexiuyi:abis tu yg aku panggil ko sayang,sayang selama ni ingat aku gatal sangat suka2 panggil laki 'sayang'?boleh la!